Monday, September 30, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Assalamualaikum rakan-rakan yang saya rindui. Sebagai anak rantauan yang jauh dari keluarga yang sentiasa merindui keluarga. Oleh itu, penulisan kali ini saya akan menceritakan perihal keluarga saya. Saya merupakan anak bongsu daripada enam adik beradik. Saya mempunyai empat abang dan seorang kakak. Kelahiran saya di dalam keluarga amat dinanti kerana ayah dan ibu saya menginginkan anak perempuan seorang lagi. Hal ini kerana, kakak saya memasuki sekolah berasrama penuh ketia tingkatan satu. Oleh itu, jarak umur saya dengan adik beradik yang lain agak jauh. Ibu dan Ayah saya merupakan seorang yang sangat tegas tetapi penyayang. Mereka tidak pernah memaksa kami untuk memilih haluan kehidupan dalam pelajaran atau pun pasangan hidupan.

Saya mempunyai lima belas anak buah dan jika semua berkumpul di rumah pastinya riuh rendah. Namun jika semua kembali pulang ke rumah masing-masing untuk bekerja sudah pastinya kembali sunyi. Musim perayaan adalah hari paling meriah dan memenatkan bagi saya. Ayah saya merupakan anak sulong dalam keluarga oleh itu, semua sedara mara akan berkunjung ke rumah kami. Datuk saya sudah lama meninggal dunia dan nenek saya tinggal bersama kami. Oleh itu, rumah kami sudah menjadi kampung halaman kepada pakcik saudara dan mak cik saudara saya. Saya amat bersyukur dilahirkan di dalam kelurga ini yang tidak pernah lekang dengan kasih sayang. Walaupun saya yang paling bongsu dalam ahli keluarga tetapi saya belajar untuk matang dalam kehidupan melalui abang dan kakak saya. Hubungan kekeluargaan ini tidak akan pernah putus walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang hadir. Maka memang benarlah pepatah melayu 'air di cincang tik akan putus'.



No comments:

Post a Comment