Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat










Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga siber sekalian. Minggu 14 merupakan minggu terakhir kami sebagai mahasiswa di Universiti Putra Malaysia. Sepanjang tujuh semester kami berada di sini pelbagai manis pahit kami harungi bersama. Antaranya ialah kelas multimedia yang kami ambil pada semester akhir. pelbagai konsep kami terapkan dalam subjek ini salah satu adalah konsep redha. Ahli kumpulan sebanyak 11 orang yang mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza bukan mudah untuk kami mendapat satu kata sepakat tapi dengan usaha dan impian yang sama kami berjaya melaksanakan setiap tugasan dengan cemerlang. Alhamdhulilah akhirnya kami berjaya harungi hingga titisan darah yang terakhir. Nampak senang tapi bukan mudah bagi kami yang merasai. Bersengkang mata untuk memenuhi segala tugasan yang diberikan. Tenaga, wang, keringat dan masa yang sepatutnya kami isi bersama keluarga terpaksa kami korbankan untuk subjek dan tugasan yang diberikan setiap minggu. Mental dan fizikal perlu kuat dan perlu bersiap jaga kerana apa-apa boleh berlaku sejam sebelum kelas atau sehari sebelum kelas. Pembentangan setiap minggu hari isnin dan kelas amali dua jam setiap hari selasa merupakan kelas yang memerlukan fokus yang tinggi. Nasib baik ada kawan kawan yang prihatin membantu saya dalam melakukan tugasan. Tanpa rakan rakan sekililing saya tak akan mampu untuk membuat kerja yang diberikan. Syukur sangat diberikan ahli kumpulan yang sempurna kerana setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang saling melengkapi. Tanpa kami sedar semangat berpasukan dan persahabatan wujud ketika menjalankan tugasan. Banyak yang manis kami simpan dan yang pahit kami buang. Semoga perjalanan kami seterusnya diwarnai dengan warna pelangi yang indah. Terima kasih Prof. Dr Normaliza dan Encik Akmal yang membimbing kami dalam subjek multimedia. Terima kasih semua rakan rakan perjuangan sekalian. Kawan pernah tegur skill fotografi saya semakin meningkat sebab ambil gambar cantik. Paling best ada rakan dari sarawak tanya apa nama youtube belalang sebab nak follow video kami best. Yang paling menarik ada kawan dm di ig nak tempah kalendar nak beli. Tak sangka apa yang orang luar lihat itu luar menarik bagi mereka. Semoga penat lelah kita dalam subjek ini memperoleh manfaat dan ganjaran yang sebaiknya. Rancangan seterusnya adalah untuk menjadi pempengaruh terkenal dan menjana kewangan bersama belalang production. In Sya Allah jika ada rezeki kami akan beraksi lagi. Impian perlu tinggi mencakar langit jangan pernah mengalah. 

#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu201
#KetikadanKalimat2019
#17Disember2019
#MemoriTercipta
#TerimaKasihMengajarKamiErtiRedha
#InSyaAllahKejayaanMilikKita

No comments:

Post a Comment