Monday, November 25, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


Bab 1 menerangkan wacana yang merujuk kepada wacana berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Wacana juga merupakan sistem komunikasi antara dua atau lebih orang. Oleh itu, wacana boleh dilihat melalui lisan dan tulisan dan perlu dianalisis untuk tujuan pemahaman yang lebih baik. Proses ini berlaku antara pembicara dan pendengar. Wacana akan menjadi mudah apabila difahami tujuan diperkatakan dan lebih baik jika dihuraikan. Seterusnya, bab 2 menjelaskan teori dan pendekatan análisis wacana bagi memudahkan proses análisis. Sebagai contoh análisis teori análisis wacana Brown & Yule (1983) yang menyenaraikan empat elemen wacana. Beliau mengatakan bahawa wacana boleh dianalisis melalui kajian teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Teori análisis wacana stubbs (1983) memfokuskan kepada kajian bahasa terhadap ayat dan klausa. Teori ini juga mengatakan análisis wacana mempunyai hubungan antara bahasa dan masyarakat dan akhir sekali sifat interaktif atau ciri dialog perbualan sehari-hari. Ketiga análisis wacana Kritis (Vandijk,1977) dibahagikan kepada struktur makro, superstruktur dan struktur mikro. Akhir sekali,pendekatan análisis wacana Normaliza Abd Rahim (2018b) yang memfokuskan tiga elemen wacana iaitu kandungan, konteks dan andaian. Teori ini disesuaikan dengan keadaan suasana dan masyarakat masa kini. Teori ini telah digunakan dalam tiga kajian sebelum ini. Bab 3 pula menerangkan análisis wacana tekstual dan ujaran iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme.  Analisis wacana tekstual dihuraikan melalui lirik lagu dan cerita sosial manakala ujaran kanak-kanak dianalisis dengan mengambil kira ujaran kanak-kanak terhadap lirik lagu dan cerita sosial tersebut. Bab 4 menerangkan strategi komunikasi yang digunakan oleh pelajar untuk mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran. Komunikasi boleh dilakukan dalam bilangan yang kecil ataupun ramai. Komunikasi berlaku dengan pelbagai médium seperti melalui peralatan digital, bahasa isyarat dan badan, strategi yang sesuai dan emosi. Oleh itu strategi komunikasi sangat penting supaya mesej dapat dfahami kepada pendengar. Strategi komunikasi boleh membantu penyampaian idea dan maklumat yang berkesan supaya boleh diterima oleh khalayak. Di samping itu, taksonomi dan strategi komunikasi melibatkan mesej yang ingin disampaikan seperti berlakunya percampuran kod atau berlaku pengabaian mesej. Pendekatan strategi Normaliza Abd Rahim yang sesuai digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks. Bab 6 menerangkan análisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak iaitu menerangkan secara keseluruhan análisis supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Bab 7 menerangkan cadangan penambah baikan kajian akan datang  seperti bahasa Isyarat yang sama digunakan di seluruh dunia, bahan bercetak, bahan elektronik dan media sosial. Buku ini memberi kebaikan kepada masyarakat dalam penyelidikan dan memahami strategi komunikasi yang betul mengikut keadaan dan tujuan. Selain itu, dapat memberi manfaat dengan memberikan contoh komunikasi yang baik terutamanya untuk memahami ujaran daripada kanak-kanak.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu. Penerbit UMT
Harga Buku: RM20

No comments:

Post a Comment