Kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
menyebabkan muncul pelbagai rangkaian atau kaedah pendekatan untuk berhubung
terutama dalam alam maya. Kandungan buku Eh!!! Media Sosial mempunyai pelbagai
maklumat dan informasi yang berguna dalam bidang multimedia terutamanya dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran. Dalam buku ini menerangkan kaedah pengajaran
haruslah mempunyai pelbagai variasi supaya sesi pengajaran mempunyai komunikasi
dua hala dan meraih banyak perhatian daripada pelajar. Media sosial kini telah
menjadi satu medium pilihan semua orang khususnya dalam bidang pendidikan kerana
sejajar dengan kepesatan teknologi. Media sosial juga memberikan sumber yang interaktif kepada
para pelajar dan para pendidik. Buku
Eh!!! Media Sosial juga mengandungi pelbagai ilmu, kaedah serta kajian-kajian
yang berkaitan dengan media sosial. Selain
itu, dalam buku ini juga mengandungi penerangan kaedah penggunaan media sosial
seperti Facebook, e-mel, Instagram, Twitter dan Blog. Tambahan lagi, kajian-kajian
lepas berkenaan media sosial dijadikan sumber rujukan dan melihat kesan media
sosial serta mengenal pasti isu dan cara untuk mengatasinya terutamanya dalam
bidang pendidikan. Seterusnya, modul untuk mempelajari langkah-langkah membuka
akaun baharu untuk kesemua media sosial telah dinyatakan dalam buku ini secara
terperinci. Media sosial dan rangkaian sosial menawarkan banyak peluang untuk
pembelajaran bahasa yang berkesan secara spesifik untuk mengukuhkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran pelajar dan guru, serta meningkatkan kefasihan
bahasa pelajar, memumpuk sikap positif dan minat seperti menambah baik prestasi
pelajar. Buku ini dapat menambaah kefahaman yang jelas terhadap penggunaan
media sosial dalam sudut yang positif.
Diharapkan segala penerangan dan cadangan yang telah diberikan oleh
penulis dalam buku ini dapat menarik minat para penyelidik, guru, pentadbiran
dan pembuat sukatan pembelajaran melibatkan media sosial dan rangkaian media
sosial dalam silibus pendidikan pada pelbagai peringkat.
Rujukan:
Noraien
Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu.
Penerbit UMT.
BUKU INI BERHARGA RM 60
No comments:
Post a Comment