Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

cerita sosial 1: (Nenek dan Datuk)


Cerita sosial ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Alim yang pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang. Alim merupakan seorang kanak-kanak yang sangat suka bermain dengan ayam dan itik nenek dan datuk di kampung. Tiba sahaja Alim di kampung dia mencari ayam dan itik tetapi tidak ditemui lalu dia terus sedih, marah dan menangis. Alim sangkakan itik dan ayam sudah mati. Sebaliknya, ayam dan itik di dalam reban yang baru. Alim kembali ceria semula. Suasana kampung yang berbeza daripada biasa membuatkan Alim dan sekeluarga lebih rapat.

Sumber: Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim

Jenis multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial tersebut ialah melalui blog dan facebook. Penyebaran cerita sosial ini melalui penulisan blog dengan cara membuka akaun blog kemudian menulis cerita ini kemudian memuat naik. Seterusnya, penyebaran melalui facebook iaitu dengan cara membuat akaun facebook pergi ke https://www.facebook.com. Kemudian isi maklumat yang diperlukan untuk membuat akaun Facebook dan hubungkan dengan e-mel akaun anda. Pilih muat naik gambar dan pilih gambar anda. Akhir sekali buat hantaran dengan menambah teks iaitu menulis cerita sosial 1 Nenek dan Datuk.

No comments:

Post a Comment