Perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke destinasi yang ingin saya tuju memberi sejuta rasa yang tidak dapat saya gambarkan. Setiba di bumi kenyalang memberi aku satu aura yang berbeza. Aku sudah bersedia untuk menjalani hari pertama aku sebagai pelajar latihan industri di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS).
Aku disambut dengan baik pada hari pertama aku menjejakkan kaki di DBPCS. Perkara pertama yang asyik menganggu fikiran aku ialah apabila aku bercakap dalam bahasa melayu baku. Aku khuatir akan ada layanan yang tidak baik kerana jurang perbezaan dalam bahasa. Namun tanggapan meleset sedikit, mereka menerima aku dengan baik dan berkomunikasi dalam bahasa yang baik. Di sana aku tidak ditemani oleh rakan seperjuangan yang lain maka aku terpaksa menyesuaikan diri sendiri. Pada mulanya aku tidak yakin tetapi aku tidak percaya pada hari pertama aku dapat bertemu dengan senior-senior di tempat pengajian aku.
Terdapat sembilan orang pelajar latihan industri di institut tersebut dan hanya aku seorang sahaja yang berasal dari semenanjung serta berlatar belakangkan bidang bahasa. Seumur hidup aku tidak pernah aku mempunyai kawan yang berbangsa iban, melanau, dan dayak. Di sana aku mula mempunyai rakan yang berbeza bangsa dan budaya. Aku mulai disukai dan disenangi oleh para pegawai dan pekerja di sana dan mempunyai hubungan yang baiik dengan penyelia.
No comments:
Post a Comment