Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019 : Instagram Minggu 6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua kepada warga blog. Pada minggu keenam yang lalu kami telah diberikan tugasan untuk berkongsi dua gambar di instagram. Gambar pertama adalah bebas dan gambar kedua bertemakan kegembiraan. Gambar pertama yang saya pilih ialah di Setia Alam Klang dengan seekor patung labah-labah yang besar. Gambar ini bagi saya sangat unik kerana posisi saya berdiri bersebelahan dengan patung tersebut sangat cantik. Jadi kalau rakan-rakan nak bergambar dengan patung labah-labah gergasi besar seperti saya boleh lah datang ke Setia Alam di Klang. 







Seterusnya, gambar kedua bertemakan kegembiraan. Setiap orang mempunyai tanggapan kegembiraan masing-masing. Bagi saya gembira ialah melihat orang sekeliling kita berada dalam keadaan yang sihat dan baik. Hal ini kerana apabila kita bersama orang-orang yang mempunyai aura positif secara tidak langsung kita turut mendapat aura kegembiraan itu.








No comments:

Post a Comment