Ruang gambar aku ingin penuhkan dengan senyuman dan kegembiraan. Mungkin apabila melihat gambar ini boleh membuat orang lain turut sama tersenyum. Terima kasih kerana telah bangga terhadap aku. Terima kasih kerana telah berusaha membuat aku tersenyum. Mereka hanya boleh melihat bagaimana aku tersenyum tetapi mereka tidak mengetahui banyak cerita yang aku tutup. Kadang hidup ini terlalu jahat kerana aku mampu menunjukkan topeng aku sahaja. Perit, payah, luka, tangisanku, mereka tidak perlu tahu. Namun aku bertuah dikelilingi oleh makhluk penuh cinta dan kasih sayang.Terima kasih kawan menakjubkan.
Saturday, October 19, 2019
Monday, October 7, 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa
Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa
Menurut Normaliza Abd
Rahim, 2014 menulis blog boleh dijadikan proses untuk menolong dan
mempertingkatkan motivasi pelajar dalam kehidupan. Oleh itu, menulis blog boleh
dijadikan medium komunikasi untuk semua pelajar di mana mereka boleh berkongsi
pengalaman. Seterusnya, menurut
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017 iaitu pada hari ini, pelajar
yang mempelajari bahasa kedua berhadapan dengan cabaran yang besar di mana
mereka mendapat maklumat terkini. Blog digunakan untuk tujuan peribadai,
jurnal, diari dan perniagaan dalam mempromosikan serta memperiklankan produk.
Selain itu, pelajar akan berasa selesa untuk menulis menggunakan blog memandangkan ia boleh dibuat secara peribadi dengan hanya mempunyai pembaca yang dijemput sahaja untuk membaca pos. Blog juga boleh dikongsi dengan yang lain dengan cara meninggalkan komen.Tiga cirri utama pada blog ialah pautan ke area yang lain dalam web, mempunyai komen pada pautan dan interaktif serta saling berkait.Menurut Ferdig & Trammell, 2004 Blog merupakan medium dialog di antara penulis blog dan pembaca yang lain dan penulis dengan penulis blog yang lain serta pembacanya.Wang dan Woo (2008) menyatakan bahawa blog merupakan alat teknologi yang menawarkan peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, member komen, menilai hantaran dari orang lain, belajar daripada orang lain, bertanggungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam penulisan.
Zaini et al.(2012) juga menyatakan bahawa melalui penggunaan blog pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Menulis blog menjadi terkenal disebabkan ia privasi dan dalam masa yang sama penulis dapat meluahkan idea mereka dengan cara yang unik. Malahan, koloaborasi penulisan blog memperbaiki penulisan pelajar, meningkatkan kemahiran yang berkaitan dan menyebarkan pengetahuan.Nadzirah Abu Bakar et. al. (2010) mentakrifkan bahawa menulis blog boleh membentuk keyakinan diri seseorang. Kajian ini menggariskan ciri-ciri blog sebagai alat pengajaran di dalam kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua(ESL). Keputusan mendapati pelajar telah member respon yang positif berkenaan penggunaan blog dalam aktiviti pembelajaran bahasa kedua.
Berdasarkan keputusan dan perbincangan menunjukkan blog merupakan medium terbaik untuk menulis puisi. Keputusan juga menunjukkan kedua-dua respondan lelaki dan perempuan mencadangkan puisi adalah genre yang sesuai untuk ditulis dalam blog.Di Samping itu, hasil kajian juga menunjukkan menulis cerpen pendek dalam blog menjadi pilihan responden lelaki dan perempuan. Responden menyatakan bahawa mereka menulis cerpen pendek bagi menambah baik kemahiran menulis.Mereka menyatakan cerpen pendek senang untuk ditulis, maka penyampaian yang disampaikan dalam cerita itu akan difahami oleh semua pembaca.Tambahan lagi, menulis skrip juga dicadangkan oleh responden. Mereka menyatakan menulis skrip kerana boleh menulis apa sahaja kerana banyak idea yang ingin diperkatakan.Responden merasa bermotivasi apabila penulisan krip mereka dibaca oleh orang lain.Penulisan pantun juga menjadi pilihan responden untuk ditulis dalam blog. Responden suka membaca pantun yang berunsur romantik. Pembelajaran bahasa dalam blog juga turut diperkatan. Mnulis surat di dalam blog merupakan satu proses pembelajaran bahasa.
Tuesday, October 1, 2019
BBM3410Satu2019: Bird's eye view (Belalang Production)
Ribuan manusia di bawah satu bangunan yang sedang mencari sesuatu atau sedang meluangkan masa dengan keluarga atau rakan-rakan. Tempat ini jarang tidak dikerumuni oleh manusia.
Jika waktu cerah itu sangat bersyukur kepada mereka. Tetapi bila waktu hujan, bukan satu perkara baik untuk mereka. Ada masa menyebelahi nasib mereka ada masa mereka basah.
Jika mereka merasa besar dengan harta benda yang mereka miliki dan merasa sombong dengan diri mereka tetapi mereka lupa dengan kebesaran maha pencipta. Maha Besar Allah.
BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Belalang Production)
Gambar ini menunjukkan seorang gadis sedang melihat telatah rakanya yang sedang menunjukkan aksi saying kepadanya. Aksi tersebut telah menarik perhatianya.
Seorang gadis sedang menerangkan kepada rakanya tentang panorama indah. Gadis ini merasa terhibur dengan perbuatan rakanya dan melihat beberapa orang yang sedang berjogging di hadapan.
Gambar ini menunjukkan seorang gadis sedang melihat rakan-rakanya yang sedang memikirkan masa hadapan. Rakan-rakan yang bakal dirinduinya selepas ini.
BBM3410Satu2019: Mug Shot (Belalang Production)
Perasaan kecewa itu pedih dan sakit yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kekecewaan boleh ditipu dengan kata-kata namun tidak dapat dibohongi dengan raut wajah. Perkataan 'kalau' menjadi satu kalimat lazim yang mengharapkan sesuatu itu dapat diulang semula.
Gambar ini menunjukkan emosi marah seseorang kepada sesuatu perkara. Marah bukan jalan penyelesaian namun sifat yang perlu ditangani.
Gambar ini menunjukkan emosi sedih seseorang gadis yang merindui ibunya. Perasaan sedih memenuhi segenap ruang fikirannya sehingaa menangis.
BBM3410Satu2019: Medium Shot (Belalang Production)
Seorang lelaki sedang berdiri di tengah-tengah jalan menunjukkan semangatnya yang akan teguh berdiri walaupun pelbagai rintangan dan halangan yang hadir.
Menikmati keindahalan alam merupakan perkara yang terbaik untuk menghilangkan segala tekanan dan masalah kehidupan. Gadis di dalam gambar ini menikmati setiap saat yang ada untuk melihat ciptaan yang indah itu.
Dua orang sahabat yang sedang merenung pada sesuatu arah yang sama. Hal ini menunjukkan mereka melalui fasa hidup yang hampir sama dan memikirkan perkara yang sama. Mereka berusaha untuk menyelesaikan setiap perkara itu bersama.
Sahabat itu yang ada pada waktu senang dan susah. Ada masa gembira, duka, sedih dan terluka itu perkara biasa bagi mereka yang bersahabat. Lelaki ini yang akan menjadi contoh sahabat terbaik buat mereka yang lain.
Menoleh ke belakang bukan tanda mengalah atau menyerah tetapi menoleh untuk mencari kekuatan untuk terus melangkah kehadapan. Menoleh ke belakang untuk berterima kasih kepada pengalaman lalu yang mendewasakan aku. Toleh la kebelakang seketika tetapi pandanglah kehadapan semula.
Penuhilah kehidupan ini dengan kegembiraan. Jangan membuang masa memikirkan perkara yang menyedihkan kerana tenaga positif akan hadir bila kita bergembira.
BBM3410Satu2019: Long Shot (Belalang Production)
Gambar ini menunjukkan pemandangan di Putrajaya. Perasaan kagum sebagai rakyat Malaysia mulai hadir apabila melihat gambar ini. Jelas menunjukkan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.
Bangunan mencakar langit itu mengalih pandangan kami dari jauh. Walaupun kehijauan mengeliling kami tapi bangunan tersebut tersergam indah.
Perjalanan yang kami rasakan semakin hampir tiba rupanya masih jauh. Begitulah perjalanan kehidupan kami yang jauh lagi dan tidak kami temui penghujungnya.
Gambar ini menunjukkan seorang lelaki yang sedang berdiri di tengah kawasan lapang untuk menunjukkan keberaniannya. Maksud berani bagi setiap individu berbeza kerana ada bagi mereka berdiri sendiri tanpa bantuan orang lain merupakan keberanian sebenar dalam hidupnya.
Gambar ini menunjukkan seorang gadis yang sedang menunggu sesuatu. Menunggu sesuatu yang tidak pasti.Setia menunggu di tengah perjalanan dengan penuh sabar menanti dengan penuh harapan.
Gambar ini menunjukkan seorang gadis yang sedang berjalan ke hadapan menuju sesuatu destinasi. Gadis itu mempunyai impian dan cita-cita yang ingin dicapai. Dia terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang kerana dia pasti ada sesuatu yang indah menantinya di hadapan.
BBM3410Satu2019: Close-Up (Belalang Production)
Gambar ini menunjukkan riak wajah menggoda seorang gadis. Dari lirikan mata jelas terpancar emosi menggoda yang ingin ditunjukkan. Aura gadis tersebut sangat kuat yang mempunyai sesuatu keinginan.
Senyuman menawan menambat hati semua orang. Senyuman ini secara semula jadi dapat mencairkan hati sesiapa yang melihat. Anugerah ini milik Pencipta untuk yang bergelar wanita.
Senyuman sinis mengandungi seribu satu makna. Terlalu banyak untuk dirungkaikan kerana ia mempunyai maksud yang tersirat. Jika senyuman sinis yang diterima maka kita perlu berfikir sejenak terhadap perlakuan diri kita.
Bunga merupakan lambang dan simbolik kepada wanita. Hal ini kerana ciri wanita yang cantik jelas menujukkan wanita itu ibarat bunga. Gambar ini jelas menunjukkan bunga yang segar yang disirami air. Bunga yang subur disukai oleh manusia jika bunga yang layu tidak disukai oleh manusia.
Gambar ini menunjukkan ayam korea yang pedas. Ayam ini boleh didapati di kedai hanbing. Ayam ini juga menjadi kegilaan dan kegemaran masyarakat kini. Makanlah berpada-pada dan jangan terlalu mengikut nafsu kerana nafsu badan binasa.
Gelang ini kepunyaan rakan saya yang sangat menggemari aksesori. Gelang ini mempunyai seribu satu cerita kerana gelang ini menjadi sebahagian perjalanan cerita oleh rakan saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Gambar ini menunjukkan riak wajah menggoda seorang gadis. Dari lirikan mata jelas terpancar emosi menggoda yang ingin ditunjukkan. Aura...
-
Bab 1 menerangkan wacana yang merujuk kepada wacana berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Wacana juga merupakan sistem komunikasi...
-
Gambar ini menunjukkan pemandangan di Putrajaya. Perasaan kagum sebagai rakyat Malaysia mulai hadir apabila melihat gambar ini. Jelas m...