Bab 1 menerangkan wacana yang merujuk
kepada wacana berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Wacana juga merupakan sistem komunikasi
antara dua atau lebih orang. Oleh itu, wacana boleh dilihat melalui lisan dan
tulisan dan perlu dianalisis untuk tujuan pemahaman yang lebih baik. Proses ini
berlaku antara pembicara dan pendengar. Wacana akan menjadi mudah apabila
difahami tujuan diperkatakan dan lebih baik jika dihuraikan. Seterusnya, bab 2
menjelaskan teori dan pendekatan análisis wacana bagi memudahkan proses análisis.
Sebagai contoh análisis teori análisis wacana Brown & Yule (1983) yang
menyenaraikan empat elemen wacana. Beliau mengatakan bahawa wacana boleh
dianalisis melalui kajian teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Teori análisis wacana
stubbs (1983) memfokuskan kepada kajian bahasa terhadap ayat dan klausa. Teori
ini juga mengatakan análisis wacana mempunyai hubungan antara bahasa dan
masyarakat dan akhir sekali sifat interaktif atau ciri dialog perbualan
sehari-hari. Ketiga análisis wacana Kritis (Vandijk,1977) dibahagikan kepada
struktur makro, superstruktur dan struktur mikro. Akhir sekali,pendekatan análisis
wacana Normaliza Abd Rahim (2018b) yang memfokuskan tiga elemen wacana iaitu
kandungan, konteks dan andaian. Teori ini disesuaikan dengan keadaan suasana
dan masyarakat masa kini. Teori ini telah digunakan dalam tiga kajian sebelum
ini. Bab 3 pula menerangkan análisis wacana tekstual dan ujaran iaitu kajian
wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam
kalangan kanak-kanak autisme. Analisis
wacana tekstual dihuraikan melalui lirik lagu dan cerita sosial manakala ujaran
kanak-kanak dianalisis dengan mengambil kira ujaran kanak-kanak terhadap lirik
lagu dan cerita sosial tersebut. Bab 4 menerangkan strategi komunikasi yang
digunakan oleh pelajar untuk mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa
sasaran. Komunikasi boleh dilakukan dalam bilangan yang kecil ataupun ramai.
Komunikasi berlaku dengan pelbagai médium seperti melalui peralatan digital,
bahasa isyarat dan badan, strategi yang sesuai dan emosi. Oleh itu strategi
komunikasi sangat penting supaya mesej dapat dfahami kepada pendengar. Strategi
komunikasi boleh membantu penyampaian idea dan maklumat yang berkesan supaya
boleh diterima oleh khalayak. Di samping itu, taksonomi dan strategi komunikasi
melibatkan mesej yang ingin disampaikan seperti berlakunya percampuran kod atau
berlaku pengabaian mesej. Pendekatan strategi Normaliza Abd Rahim yang sesuai
digunakan dalam interaksi, ujaran, tulisan dan teks. Bab 6 menerangkan análisis
strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak iaitu menerangkan secara
keseluruhan análisis supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Bab 7 menerangkan
cadangan penambah baikan kajian akan datang seperti bahasa Isyarat yang sama digunakan di
seluruh dunia, bahan bercetak, bahan elektronik dan media sosial. Buku ini
memberi kebaikan kepada masyarakat dalam penyelidikan dan memahami strategi
komunikasi yang betul mengikut keadaan dan tujuan. Selain itu, dapat memberi
manfaat dengan memberikan contoh komunikasi yang baik terutamanya untuk
memahami ujaran daripada kanak-kanak.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian
Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu. Penerbit UMT
Harga Buku: RM20