Norazwarina binti Hassan 187539
Tuesday, December 17, 2019
BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga siber sekalian. Minggu 14 merupakan minggu terakhir kami sebagai mahasiswa di Universiti Putra Malaysia. Sepanjang tujuh semester kami berada di sini pelbagai manis pahit kami harungi bersama. Antaranya ialah kelas multimedia yang kami ambil pada semester akhir. pelbagai konsep kami terapkan dalam subjek ini salah satu adalah konsep redha. Ahli kumpulan sebanyak 11 orang yang mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza bukan mudah untuk kami mendapat satu kata sepakat tapi dengan usaha dan impian yang sama kami berjaya melaksanakan setiap tugasan dengan cemerlang. Alhamdhulilah akhirnya kami berjaya harungi hingga titisan darah yang terakhir. Nampak senang tapi bukan mudah bagi kami yang merasai. Bersengkang mata untuk memenuhi segala tugasan yang diberikan. Tenaga, wang, keringat dan masa yang sepatutnya kami isi bersama keluarga terpaksa kami korbankan untuk subjek dan tugasan yang diberikan setiap minggu. Mental dan fizikal perlu kuat dan perlu bersiap jaga kerana apa-apa boleh berlaku sejam sebelum kelas atau sehari sebelum kelas. Pembentangan setiap minggu hari isnin dan kelas amali dua jam setiap hari selasa merupakan kelas yang memerlukan fokus yang tinggi. Nasib baik ada kawan kawan yang prihatin membantu saya dalam melakukan tugasan. Tanpa rakan rakan sekililing saya tak akan mampu untuk membuat kerja yang diberikan. Syukur sangat diberikan ahli kumpulan yang sempurna kerana setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang saling melengkapi. Tanpa kami sedar semangat berpasukan dan persahabatan wujud ketika menjalankan tugasan. Banyak yang manis kami simpan dan yang pahit kami buang. Semoga perjalanan kami seterusnya diwarnai dengan warna pelangi yang indah. Terima kasih Prof. Dr Normaliza dan Encik Akmal yang membimbing kami dalam subjek multimedia. Terima kasih semua rakan rakan perjuangan sekalian. Kawan pernah tegur skill fotografi saya semakin meningkat sebab ambil gambar cantik. Paling best ada rakan dari sarawak tanya apa nama youtube belalang sebab nak follow video kami best. Yang paling menarik ada kawan dm di ig nak tempah kalendar nak beli. Tak sangka apa yang orang luar lihat itu luar menarik bagi mereka. Semoga penat lelah kita dalam subjek ini memperoleh manfaat dan ganjaran yang sebaiknya. Rancangan seterusnya adalah untuk menjadi pempengaruh terkenal dan menjana kewangan bersama belalang production. In Sya Allah jika ada rezeki kami akan beraksi lagi. Impian perlu tinggi mencakar langit jangan pernah mengalah.
#BBM3410Satu201
#KetikadanKalimat2019
#17Disember2019
#MemoriTercipta
#TerimaKasihMengajarKamiErtiRedha
#InSyaAllahKejayaanMilikKita
Sunday, December 15, 2019
BBM3410Satu2019 : Instagram Minggu 10 Satu
Assalamualaikum dan selamat petang. Pada minggu kesepuluh kami telah diberikan tugasan untuk memuat naik gambar berkonsepkan kelegaan dan kegembiraan di instagram. Gambar pertama ialah berkonsepkan kegembiraan. Gambar tersebut menunjukkan kegembiraan sesorang anak kecil mendapat coklat daripada saya. Gambar ini sangat bermakna bagi saya kerana apabila saya melihat gambar tersebut saya akan gembira sambil tersenyum melihat gelagat buah hati saya.
BBM3410Satu2019 : Instagram Minggu 9 Dua
Gambar kali ini pula berkonsepkan ketenangan. Tenang bagi saya belum tentu tenang bagi orang lain. Gambar ini telah saya ambil di air terjun latar iskandar. Sepanjang saya pergi ke Cameron Highland ini kali pertama saya turun di air terjun Latar Iskandar. Ketenangan berada pada alam semulajadi tidak ada tolak gandingnya. Jika anda semua ingin mencari ketenangan cubalah bertukar angin dengan mencari suasana yang mendamaikan seperti air terjun.
Air terjun sumber ketenangan
BBM3410Satu2019: Instagram Mingg 9 Satu
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Kali ini saya akan bercerita tugasan intagram minggu 9. Kami diarahkan untuk memuat naik gambar berkonsepkan keredhaan. Bagaimana keredhaan dapat dijelaskan melalui gambar dan "caption" serta tanda pagar yang bersesuaian. Tugasan kali ini saya memilih gambar bersama prof semasa hari konvokesyen. Bagi saya keredhaan itu apabila kita menerima dengan hati yang lapang dan sudah pasti wajah gembira akan terpancar pada raut wajah. Walaupun kami terpaksa berjemur panas demi sesuatu tugasan tapi kami tetap masih boleh senyum dan bergembira. Alhamdhulilah prof komen gambar ni dengan mengatakan kami lawa.
BBM3410Satu2019 : Instagram Minggu 6
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua kepada warga blog. Pada minggu keenam yang lalu kami telah diberikan tugasan untuk berkongsi dua gambar di instagram. Gambar pertama adalah bebas dan gambar kedua bertemakan kegembiraan. Gambar pertama yang saya pilih ialah di Setia Alam Klang dengan seekor patung labah-labah yang besar. Gambar ini bagi saya sangat unik kerana posisi saya berdiri bersebelahan dengan patung tersebut sangat cantik. Jadi kalau rakan-rakan nak bergambar dengan patung labah-labah gergasi besar seperti saya boleh lah datang ke Setia Alam di Klang.
Seterusnya, gambar kedua bertemakan kegembiraan. Setiap orang mempunyai tanggapan kegembiraan masing-masing. Bagi saya gembira ialah melihat orang sekeliling kita berada dalam keadaan yang sihat dan baik. Hal ini kerana apabila kita bersama orang-orang yang mempunyai aura positif secara tidak langsung kita turut mendapat aura kegembiraan itu.
BBM3410Satu2019 : Instagram Minggu 4 Asas Fotografi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini saya akan berkongsi gambar di instagram yang saya "post" sebagai bukti saya telah melakukan sesi bergambar untuk tugasan asas fotografi. Pada hari tersebut saya bersama rakan kumpulan pergi ke taman saujana untuk mengambil gambar asas fotografi. Kami memilih taman saujana kerana lokasinya yang sangat cantik dan sesuai dengan gambar pemandangan, Berdasarkan gambar di bawah saya sedang membantu rakan dengan memayungkanya supaya gambar tidak terlalu silau. Hasilnya gambar yang kami ambil sangat membanggakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Gambar ini menunjukkan riak wajah menggoda seorang gadis. Dari lirikan mata jelas terpancar emosi menggoda yang ingin ditunjukkan. Aura...
-
Bab 1 menerangkan wacana yang merujuk kepada wacana berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Wacana juga merupakan sistem komunikasi...
-
Gambar ini menunjukkan pemandangan di Putrajaya. Perasaan kagum sebagai rakyat Malaysia mulai hadir apabila melihat gambar ini. Jelas m...